KLINIK KUCING DESA
KZ 05, Lot 594 Jalan Yadi,
Telok Gadong, 41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
03-33710415
[email protected]
Telok Gadong, 41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
03-33710415
[email protected]
Pengumuman Penting
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Pelanggan yang dihormati,
KLINIK AKAN DITUTUP pada :
- 20/10/2025, Isnin . Klinik akan beroperasi seperti biasa pada 21/10/2025, Selasa insya'Allah.
Klinik Kucing Desa memohon maaf atas kesulitan yang timbul daripada perkara ini.
Terima kasih.
___________________________________________________________________________________________________________________
SOP Klinik Kucing Desa
1. Klinik kini dibuka sepenuhnya untuk "Walk-in"
Buat masa ini pelanggan tidak perlu lagi membuat temujanji untuk rawatan. Walaubagaimanapun jika pelanggan ingin datang pada sesi petang iaitu selepas waktu rehat, anda digalakkan untuk menghubungi klinik terlebih dahulu untuk memastikan giliran tidak terlalu panjang atau doktor tidak mempunyai prosedur yang mengambil masa yang agak lama. Ini untuk mengelakkan anda daripada menunggu terlalu lama atau tidak dapat mendaftar kerana masa yang agak singkat.
2. Pelanggan mempunyai 3 pilihan cara konsultasi rawatan setelah mendaftarkan kucing :
2.1 - TUNGGU : Daftar dan tunggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan bersama kucing anda.
*Mohon maklum masa menunggu boleh jadi lama. Ia sepenuhnya bergantung kepada jumlah giliran pelanggan dan jangkamasa rawatan yang perlu diberikan.
2.2 - TINGGAL & KEMBALI : Daftar dan tinggalkan kucing anda. Staf klinik akan menghubungi anda melalui telefon sekiranya giliran anda sudah hampir. Anda perlu kembali hadir ke klinik untuk menunggu sebentar sebelum masuk ke bilik rawatan.
*Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab panggilan telefon dari klinik, atau anda mungkin terlepas giliran menunggu.
2.3 - TINGGAL & TELEFON : Daftar dan tinggalkan kucing anda. Doktor akan menghubungi anda melalui telefon untuk berbincang. Anda boleh hadir semula ke klinik untuk mengambil kucing anda yang telah siap dirawat.
-------------------------
KKD mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memahami serta menyokong kami.
Terima kasih.
|
Waktu Operasi
Isnin - Khamis 10.00am - 2.30pm, 4.00pm - 6.00pm Jumaat 10.00am - 12.00pm, 3.00pm - 6.00pm Sabtu 10.00 am - 2.00pm Ahad & Cuti Umum TUTUP |
Jawatan Kosong
Bagi yang berminat, jemput emelkan resume anda melalui capaian berikut :